Monday, February 14, 2011

Resepi Kek

Kek Lapis Tembikai

Bahan-bahan ( tidak terhad )
  • 10 bj Telur
  • 16oz Butter
  • 200gm Gula halus (kalau x nak manis bole kurangkan)
  • 300gm Tepung Hong Kong (tepung gandum pun bole)
  • 1 tin kecil Seri Kaya
  • 1 tin kecil Susu Manis
  • 1 paket Serbuk Santan
  • 1 botol Chocolate Chips (utk di jadikan biji Tembikai)
  • 1 sd mkn Ovallate
  • 1 sd kecil Esen Vanilla
  • Sedikit pewarna Hijau, Kuning & Merah
Cara membuatnya:-
  1. Pukul butter dan susu manis sehingga putih dan kembang. ketepikan.
  2. Di tempat yg berasingan, pukul telur, ovallete, gula halus dan esen vanilla hingga sebati.
  3. Satukan kedua2 adunan butter tadi dan telur. Pukul hingga betul2 sebati yer..
  4. Masukkan seri kaya dan serbuk santan, pukul hingga adunan sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga betul2 sebati.
  6. Selepas itu, adunan di bahagikan kepada 3 bahagian. Adunan 1 (letak warna hijau), sebanyak 3 lapisan (satu lapisan diberi 2 senduk nasi) jadi semuanya 6 senduk utk lapisan hijau. Adunan 2 (letak wana kuning), sebanyak 2 lapisan (satu lapisan diberi 2 senduk nasi) jadi semuanya 4 senduk utk lapisan kuning. Adunan selebihnya letak warna merah, setiap lapisan 2 senduk. adunan di habiskan utk adunan warna merah.
  7. Lapiskan adunan hijau dulu, bila masak buat lah begitu sehingga adunan seterusnya. warna hijau sebanyak 3 lapisan.
  8. Kemudian lapiskan adunan kuning, sehingga lapis ke dua.
  9. Akhir sekali lapiskan adunan merah, bakar berlapis2. Setiap lapisan di taburkan chocolate chips. Buatlah sehingga adunan habis.
Gambar yg di upload adalah gambar kek yg telah di tempah. So, mintak maap ler yer, sebab x dpt potong kek tu, so x dpt lihat rupa sebenar kek yg telah di potong. Tapi yg pasti kek tu seakan2 rupa buah tembikai or dlm bahasa serawak kek semangka.



 Kek Lapis India

10 biji telur ayam
1 tin susu manis
1 gelas roti meri
1 gelas gula halus
½ gelas nestum putih
180 biji coklat cadbury
16 oz mentega
1 tin kelapa kering

Cara-cara membuatnya:-
Pukul mentega, masuk telur sehingga sebati. Masukkan susu, nestum, kelapa kering dan roti meri. Masak dengan 2 senduk setiap lapis adunan ke dalam acuan.





Kek Lapis Susu

10 biji telur (2 biji putih dibuang)
350 gram tepung hong kong
160 gram mentega
5 oz gula halus
2 ½ tin susu pekat
2 sudu overlette
1 botol kecil horlick
1 tin kecil kaya
3 oz air sejuk ais

Cara-cara membuatnya:-
Pukul mentega, masuk telur sehingga sebati. Masukkan tepung, gula, horlick, kaya,susu,overlette dan roti meri. Masak dengan 2 senduk setiap lapis adunan ke dalam acuan.



Kek Marble Cheese

Bahan Bawah
560gm mentega (280gm utk ½)
120gm koko (60gm utk ½)
750gm gula (350gm utk ½)
6 biji telur ayam (3 biji utk ½)
470gm tepung gandum (235gm utk ½)

Bahan Atas
750gm krim cheese (anchor cheese)
225 gm gula
1 sudu the vanilla
2 biji telur

 Untuk adunan bawah:
Mentega & gula dipukul hingga kembang.Masukkan telur satu persatu, tepong, koko dan gaul sehingga rata.

Untuk Adunan Atas:
Krim cheese dan gula dipukul hingga kembang.Masukkan telur satu persatu, vanilla dan digaul rata.

Cara membuatnya:-
Masukkan adunan bawah dahulu dalam acuan dan baru masukkan adunan atas. Kemudian dibakar selama 3 jam atau dikukus.



No comments:

Post a Comment